BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 22, 2009

Cahaya Samar-Samar a.k.a. Twilight

Cahaya Samar-Samar

Milah hanyalah gadis biasa. Tapi bukan biasa seperti normality gadis bandar yang lain. Dia agak 'kelam'. Dia suka menyendiri. Tak ramai kawan. Dia baru saja pindah ke sebuah kampung. Kampung di mana bapanya tinggal dan bertugas sebagai seorang pengawal keselamatan.

Milah pindah ke sana sebab ibunya terpaksa ikut suaminya yang baru. Suami mak Milah bertugas sebagai seorang ahli sarkis amatur. Sebab nak bagi privacy kat mak, Milah ikutkan saja hatinya ke kampung bapaknya.

Di sana, Melah jumpa Mail. Seorang lelaki kacak tapi agak misteri. Mukanya agak hensem. Macam Hans Isaac. Mail ni tak ramai kawan. Sebab dia suka menyendiri dan hanya lepak dengan adik-beradiknya yang berkulit agak gelap.

Satu hari, Milah hampir dilanggar moto mat rempit. Tapi dengan sepantas kilat Mail datang selamatkan Milah. Mail tolak moto mat rempit yang hampir melanggar Milah dengan kelajuan tak masuk akal. Dengan sebelah tangan je.

Lepas tu, Milah dapat tahu. Mail adalah orang minyak. Tapi Mail bukan orang minyak tipikal. Dia tak suka rogol anak dara. Dia berbeza. Dia suka rogol kambing. Milah macam berbelah bagi. Tapi dia macam kena pukau dengan kekacakan Mail yang hitam pekat tapi berhidung mancung serta bermata biru.

Mail tak boleh kena cahaya matahari. Sebab bila kena, badannya akan berkelip-kelip macam bintang di angkasa. Hitam berkelip. Milah jatuh cinta. Dia tak kisah Mail suka rogol kambing. Dia redha.

Milah juga ada seorang kawan yang dikenalinya sejak dari kecil. Namanya Borhan. Borhan ni pulak ada rahsia dia sendiri. Dia bukan manusia biasa, tapi boleh berubah menjadi harimau jadian.

HAHAHAHAHAHAHA!

Ditulis oleh: pjoe Lebih kurang jam 23:31

credit from pjoe
http://thechronicleofpjoe.blogspot.com/

nantikan kisah seterusnya Bulan Baru

1 comments:

spark acap said...

http://spark-asyraf.blogspot.com/
new link beb